Borang Tempahan LAMAN KIRI

Tempahan Ruang LAMAN KIRI

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
Pra Syarat

PPA SYARAT TEMPAHAN LAMAN KIRI

  1. Tempahan mestilah di buat 7 HARI BEKERJA sebelum program dan tertakluk kepada kekosongan.
  2. Sebarang pembatalan atau perubahan tarikh hendaklah dibuat 3 HARI SEBELUM tarikh program dan ini tertakluk kepada kekosongan.
  3. Masjid Putra berhak untuk membenarkan atau menolak sesuatu permohonan sewaan tanpa memberikan sebarang sebab atau pun menarik balik tempahan serta tawaran penggunaan ruang / tempat di atas kepentingan dan keperluan Masjid Putra tanpa notis atau bayar ganti rugi.

PENGGUNAAN

  1. Waktu penggunaan ruang / tempat adalah seperti berikut :-

                        Isnin – Jumaat           :           8.00 pagi hingga 5.00 petang

                        Cuti Umum                :           8.00 pagi hingga 5.00 petang

 

KADAR SEWA

  1. Kadar sewa adalah RM 135.00 per/jam dan RM 1,050.00 sehari. Pembayaran hendaklah dibuat di Kaunter Pejabat Pentadbiran Masjid Putra, Presint 1, Putrajaya pada setiap hari bekerja dari pukul 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari sahaja  (kecuali hari Jumaat).
  2. Pembayaran boleh dibuat secara :-
    • Tunai
    • Deraf Bank (Atas Nama Ketua Pengarah JAKIM)
    • Cek (Atas Nama Ketua Pengarah JAKIM)
  3. Bayaran hendaklah dibuat 3 hari sebelum tarikh program.


Tarikh Tempahan
*
*


Pemohon

*
*
*


Maklumat Permohonan


Keperluan Logistik

Pengesahan Dan Terma Dan Syarat

Terma dan Syarat Tempahan LAMAN KIRI

  1. Tidak dibenarkan menggunakan sebarang peralatan yang boleh mencacatkan atau merosakkan permukaan lantai/dinding/meja seperti pita pelekat, dawai kokot, paku dan sebagainya.
  2. Memastikan semua peralatan yang disewa dijaga dengan baik dan tidak dibenarkan melakukan sebarang pengubahsuaian atau apa saja yang boleh merosakkan seperti seperti penggunaan stapler gun, paku tekan dan sebagainya.
  3. Tidak dibenarkan menampal, menggantung banner/bunting tanpa kebenaran  pihak  pengurusan masjid.
  4. DILARANG MEROKOK/VAPE samada di dalam atau di sekitar kawasan Masjid Putra termasuk kawasan parkir Masjid Putra. Premis Kerajaan telah diwartakan sebagai Kawasan Larangan Merokok.
  5. Pihak penganjur hendaklah memaklumkan kepada pengawal keselamatan yang bertugas bagi urusan penghantaran barang untuk kegunaan program/majlis tersebut. Sebarang kehilangan barang pihak masjid tidak bertanggungjawab.
  6. Pihak penganjur hanya dibenarkan menggunakan panel katering yang dilantik oleh pihak masjid sahaja.
  7. Tidak dibenarkan mengguna pinggan/mangkuk/gelas polystyrene sebagai hidangan.
  8. Tidak dibenarkan menggunakan kerusi banquet masjid sebagai tempat letak thermos/flask makanan (nasi) dan minuman.
  9. Pihak penganjur dan catering hanya dibenarkan menggunakan ruang/kawasan yang ditetapkan oleh masjid.
  10. Semua sisa makanan hendaklah dimasukkan ke dalam plastik sampah dan membuangnya di dalam tong sampah yang disediakan di rumah sampah bagi mengekalkan kebersihan dan kesucian masjid.
  11. Memastikan tidak meninggalkan sisa makanan. Tumpahan air di kawasan majlis dan sekitar longkang serta menanggalkan semula bahan tampal/gantung yang dibenarkan.
  12. Tidak dibenarkan memasak atau menggunakan sebarang bentuk bahan api untuk kegunaan memasak kecuali mendapat kebenaran pengurusan masjid.
  13. Pihak penganjur hendaklah bertanggungjawab memastikan pekerja pembekal makanan memakai pakaian yang sopan dan sesuai sepanjang penganjuran program.
  14. Tidak dibenarkan menggunakan peralatan masjid kecuali kebenaran masjid dan Semua peralatan masjid hendaklah dikembalikan ke tempat asal setelah tamat majlis.
  15. Pihak Katering perlu menyediakan peralatan basuhan tangan dan penapis bagi memastikan sisa makanan tidak mengalir ke longkang.
  16. Pihak Masjid berhak untuk membatalkan kelulusan ini sekiranya berlaku pertindihan program jabatan.
  17. Pastikan memakai pakaian yang menutup aurat dan tidak menimbulkan fitnah.

Kembali